PERMOHONAN ZAKAT UiTM CAWANGAN SABAH SESI 2 2017/2018 (Mac-Julai 2018)

Print

Written by Mohd Azri Thursday, 01 March 2018 08:04

PERMOHONAN ZAKAT ONLINE UiTM SABAH MAC-JULAI 2018

Assalamualaikum w.b.t

Permohonan Zakat ONLINE UiTM Cawangan Sabah Diploma & Ijazah Sarjana Muda Sesi 2 2017/2018 :
Pelajar UiTM Cawangan Sabah yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat adalah dipelawa untuk memohon bantuan ini.

Tarikh Permohonan : 5 - 18 Mac 2018
Notis Panggilan Temuduga : 19 Mac 2018
Tarikh Temuduga : 22 - 30 Mac 2018

Senarai pemohon yang berjaya dipanggil temuduga akan dipaparkan di website ini bermula pada 19 Mac 2018. Pemohon dikehendaki hadir ke sesi temuduga pada waktu yang telah ditetapkan dan membawa dokumen berikut :
o Salinan Kad Pengenalan
o Salinan Kad Pelajar / Salinan Surat Tawaran
o Salinan Penyata Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga
o Salinan slip bank bayaran yuran atau bil yuran pengajian
o Salinan Muka Hadapan Buku atau Penyata Akaun Simpanan (Bank Islam sahaja)
o Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini
o Salinan Surat Perakuan Kematian (Jika Berkaitan)
o Salinan Slip Pendaftaran Subjek (bagi pelajar semester 7 dan ke atas).
o Salinan Surat Tawaran Pinjaman PTPTN (Jika Berkaitan)
o Salinan Surat Penolakan Pinjaman PTPTN. (Jika Berkaitan)
(Dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan benar)

Kegagalan anda hadir temuduga pada waktu yang telah ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Segala pertanyaan atau permasalahan boleh hubungi pihak kami.
Semoga Berjaya!!!