PANDUAN MEMOHON

Print

Written by Mazuki Izani Ismail Sunday, 04 May 2014 19:16

1. Permohonan zakat hendaklah diisi secara online.

2. Pemohon hendaklah melengkapkan segala maklumat di dalam sistem permohonan online.

3. Pemohon hendaklah menjalani proses temuduga dengan panel yang ditetapkan dan membawa dokumen-dokumen berikut semasa temuduga diadakan.

    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Kad Pelajar / Salinan Surat Tawaran
    • Salinan Penyata Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga
    • Salinan slip bank bayaran yuran atau bil yuran pengajian
    • Salinan Muka Hadapan Buku atau Penyata Akaun Simpanan (Bank Islam sahaja)
    • Salinan Keputusan Peperiksaaan Terkini
    • Salinan Surat Perakuan Kematian (jika berkaitan)
    • Salinan Slip Pendaftaran Subjek (bagi pelajar semester 7 dan ke atas).
    • Salinan Surat Tawaran Pinjaman PTPTN. (Jika Berkaitan)
    • Salinan Surat Penolakan Pinjaman PTPTN (Jika Berkaitan)

                           (Dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan benar)

4.Pemohon hendaklah menghadiri temuduga pada tarikh yang ditetapkan (tertakluk kepada iklan)