Terima Kasih

Print

Written by Mazuki Izani Ismail Friday, 05 June 2015 00:00

Pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pelajar yang telah mengambil bahagian dalam kaji selidik zakat yang disediakan sebelum ini. Seramai 645 responden telah mengambil bahagian. Komentar serta idea yang bernas yang diterima, sedang dalam proses untuk dilaksanakan. Sebahagiannya telah di'implement'kan dalam borang permohonan terbaru yang bakal dibuka pada 8 jun ini. Antara aspek yang telah diubahsuai ialah pemohon tidak perlu lagi memuat naik kad pengenalan dan foto peribadi, medan (field) keputusan CGPA dan CGPA tidak dipaparkan bagi pemohon yang berada di semester 1 pengajian, 'upacara' memasukkan nombor captcha sebelum menekan butang klik telah dihapuskan serta maklumat kekeliruan mengenai status ketua keluarga telah pun diubahsuai dan diletakkan penerangan terperinci. 

Terima kasih.